Jumaat, 17 April 2015

Karangan Peribahasa

Peribahasa 'nasi sudah menjadi bubur' mempunyai maksud yang tersirat. Tuliskan sebuah karangan mengenai peribahasa ini dan kaitkannya dalam kehidupan seharian kita.


     Keluarga Encik Razak amat terkenal di seluruh Kampung Mata Air. Bukan sahaja berada malahan mereka juga tidak sombong dan senang memberi bantuan kepada yang memerlukan.

     Encik Razak mempunyai enam orang anak, tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Hanya Ehsan dan Qistina sahaja yang belum berkahwin. Ehsan sangat disenangi orang kampung kerana sikapnya yang sangat mirip dengan bapanya. Sikap Qistina sangat berbeza dengan bapanya kerana sikap Qistina sombong dan suk berfoya-foya. Orang kampung sering ternampak Qistina membonceng motor dengan lelaki di pekan. Perkara ini telah diketahui keluarga Encik Razak tetapi mereka tidak memarahi Qistina kerana Qistina merupakan anak kesayangan mereka.

     Keluarga Razak sedang mengadakan jamuan makan menyambut kelahiran cucunya yang pertama. Ramai penduduk kampung menghadiri majlis yang sangat meriah itu. Tiba-tiba, kehadiran pihak polis mengubah suasana yang  meriah itu. Seorang polis wanita terus menggari Qistina. Menurut polis tersebut, Qistina merupakan suspek utama dalam kes ini.

     Pada suatu hari, Kampung Mata Air gempar dengan penemuan mayat seorang bayi di atas sebuah bangsal. Beberapa orang pegawai polis dan pakar forensik datang ke tempat kejadian unutk menjalankan siasatan. Bayi yang malang itu telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. Kejadian itu menyebabkan nama Kampung Mata Air menjadi terkenal kerana sering mendapat liputan media massa.

     Seminggu kemudian, Kampung Mata Air gempar lagi kerana keluarga Razak tiba-tiba pindah dari kampung. Penduduk kampung dapat merasakan perpindahan Razak dan keluarganya disebabkan kejadian yang memalukan itu. Itulah akibatnya tidak mengenndahkan sesuatu perkara yang penting bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur.